| Pusat Kokurikulum UUM | Unit Seni Bela Diri | Unit Perniagaan Tani | Unit Kepimpinan |
| Unit Seni Tampak | Unit Pengurusan Sukan | Unit Teknologi Media | Unit Kemahiran Hidup |
| Unit Keusahawanan | Unit Khidmat Masyarakat | Unit Sains Sukan | Unit Seni Muzik | Unit Seni Suara | | Unit PALAPES | Unit SUKSIS |

56 SISWA SJAM PUSAT KOKURIKULUM UUM DUDUKI PEPERIKSAAN
Seramai 56 mahasiswa Univesiti Utara Malaysia (UUM) menghadiri Kursus Pertolongan Cemas St John Ambulans Malaysia (SJAM) selama tiga hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior Jitra baru-baru ini.
Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior dan dikendalikan oleh SJAM Negeri Kedah.
Pengarah Program Danial Amirol Hamzah 20, berkata kursus yang membabitkan 56 mahasiswa SJAM Pusat Kokurikulum UUM diadakan bagi melayakkan mereka menduduki peperiksaan pertolongan cemas pasukan ini.
Katanya walaupun mereka mengikuti pengajian di kampus ini namun dengan menghadiri kursus dan mengambil peperiksaan melayakkan mereka untuk menjadi ahli SJAM.
Pelajar semester dua Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa yang turut serta dalam ceramah dan mengambil peperiksaan bersama rakan sepasukan dalam persatuan ini melahirkan rasa bertuah kerana mereka dapat meneruskan pembabitan mereka dalam persatuan ini selepas tamat semester empat dan universiti kelak.
‘Penyertaan dalam pasukan SJAM ini membolehkan saya mempelajari, memahami dan mendapat ilmu pertolongan cemas bukan hanya untuk kelas yang dihadiri malah dapat memberi pengetahuan dan menjadikan saya dan rakan-rakan sebagai seorang ahli pertolongan cemas yang dapat membantu keluarga, rakan dan orang awam sekiranya terbabit dalam kemalangan samada kecil atau besar,’ujarnya lagi ketika ditemui.
Program ini diadakan selama tiga hari dengan kerjasama SJAM Negeri Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior Jitra, Kedah.
Dalam pada itu Pemerintah SJAM Kedah Datuk Dr Ch’ng Kok Heong ketika ditemui mengucapkan tahniah kepada mahasiswa UUM kerana mengambil peluang untuk mendapatkan sijil pertolongan cemas dan mendaftar sebagai ahli pasukan ini.
Katanya melalui penyertaan sebagai ahli SJAM mereka berpeluang menyertai program diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa antaranya penyertaan dalam seminar, kursus kejurulatihan, kutipan hari bendera dan lain-lain lagi.
‘Ilmu Pertolongan Cemas amat penting kerana ianya dapat membantu diri sendiri, keluarga dan orang ramai ketika terbabit dalam kemalangan atau kecederaan sebelum dirujuk kepada pihak Pegawai Perubatan atau Hospital,’ujarnya.
Kursus ini membabitkan ceramah, praktikal dan ujian yang membolehkan mereka lulus dalam peperiksaan yang diadakan.

KURSUS PEMANTAPAN BERKAWAD DAN PRAKTIKAL SISTEM KESELAMATAN SETEMPAT (SKS) BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
Kursus Pemantapan Berkawad dan Praktikal Sistem Keselamatan Setempat (SKS) Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diadakan di Pusat Latihan RELA Wilayah Utara (PLRWU) Bukit Selambau Sungai Petani, Kedah. Kursus berjaya mengumpulkan siswa siswi semester 2 untuk berkampung di Pusat Latihan RELA Wilayah Utara (PLRWU) selama dua hari.
Kursus ini diadakan untuk melatih dan memantapkan lagi asas kemahiran berkawad sebagai persediaan untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan Sistem Keselamatan Setempat (SKS) dalam Pasukan RELA bagi melayakkan diri setiap peserta menjadi anggota RELA yang berwibawa.
En Mohamad Hapisol Othman, Penyelaras Pertolongan Cemas Pusat Kokurikulum UUM berpendapat bahawa kursus seperti ini bukan sahaja untuk memberi kesedaran dan menanam semangat cinta kepada bangsa, negara dan agama tetapi kursus sebegini dapat memupuk semangat disiplin yang tinggi serta memberi latihan fizikal dan rohani kepada bakal-bakal anggota RELA.
Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh wakil pengarah iaitu PPjR (RELA) Mohd Razif bin Ramli, Pegawai RELA Daerah Baling. Beliau turut menyarankan supaya ilmu kemahiran berkawad ini dipraktikkan dengan lebih meluas lagi.

PROGRAM DERMA DARAH PERDANA RELASIS UNIT PERTOLONGAN CEMAS DI JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)
Program Derma
Darah Perdana RELASIS Unit Pertolongan Cemas, Pusat Kokurikulum, Universiti
Utara Malaysia (UUM) telah diadakan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
Daerah Kota Setar, Kedah. Program yang berjalan pada 4 April 2015 telah berjaya
mengumpulkan siswa siswi semester 2 seramai 138 orang.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran akan kepentingan menderma darah di kalangan pelajar RELASIS malah meningkatkan lagi kesedaran siswa siswi terhadap tanggungjawab sosial kepada masyarakat umum disamping pelajar dapat beramal kepada masyarakat. Melalui program ini ia sedikit sebanyak membantu dalam mengatasi kekurangan bekalan darah di tabung bekalan darah hospital.
Penglibatan kakitangan hospital dan anggota Jabatan Pertahan Awam sangat membantu dalam melancarkan sepanjang perjalanan aktiviti program. Turut hadir bagi melancarkan Program Derma Darah Perdana RELASIS ini adalah Penyelaras Unit Pertolongan Cemas Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM), En Mohamad Hapisol Othman. Semangat kerjasama yang diberikan dalam pasukan telah memberi impak yang positif terhadap program yang dijalankan.

JOM GANYANG AEDES DI CHANGLON
Seramai 56 pelajar Pusat Kokurikulum St John Ambulans Malaysia (SJAM) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai Program Jom Ganyang Aedes bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Pasukan Bomba Sukarela Changlon di Kampung Baru Changlon pagi kelmarin.
Pengarah Projek Ganyang Aedes Ho Chia Chen 21 berkata, program yang dianjurkan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu ini memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan khidmat komuniti dan berkomunikasi dengan masyarakat disitu.
Katanya peluang sebegini dapat merapatkan lagi hubungan antara agensi luar, komuniti dan Pertubuhan Badan Bukan Sukarela (NGO).
“Proses penjagaan kesihatan dan mengelakkan penyakit merupakan langkah utama yang perlu diambil oleh orang ramai,” katanya.
Bagi menjelaskan perkara itu pelajar SJAM UUM dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah serta Pasukan Bomba Sukarela Kubang Pasu mendekati masyarakat daerah itu.
Manakala bagi Pengerusi Pasukan Sukarela Bomba Kubang Pasu Choo Kok Kong, 45, berkata penyertaan mahasiswa UUM dengan Pejabat Kesihatan Daerah ini dapat memberi pendidikan dan penerangan mengenai bahaya penyakit denggi dan serangan nyamuk Aedes.
“Kami berharap lebih banyak penyertaan dan program dapat dijalankan secara bersama dengan mahasiswa UUM dimasa akan datang,”ujarnya ketika ditemui.
Bagi Pegawai Kesihatan Daerah ll, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu Dr Azlina Azlan program ini bukan sahaja dapat memberi pengetahuan mengenai bahaya penyakit terutama Denggi tetapi juga dapat berinteraksi dengan penduduk sekitar.
“Saya melihat program kesihatan yang dianjurkan ini terutama dengan penyertaan mahasiswa UUM pastinya dapat memberi impak yang lebih bermakna kerana generasi muda khususnya lebih mudah untuk mendekati orang ramai,” katanya ketika ditemui.
Dalam pada itu Jurulatih SJAM UUM Samsudin Oli Mohamed berkata, penyertaan mahasiswa universiti dalam program kemasyarakatan ini juga dapat membantuk mahasiswa yang berilmu dalam bidang kesihatan dan memahirkan diri dalam komunikasi.
Penyertaan 56 pelajar semester dua SJAM Pusat kokurikulum UUM ini pastinya dapat memberi pengetahuan yang amat berguna dan memahirkan diri mereka dalam merancang, melaksana dan menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk menjayakan sesuatu program yang dirancang.

Latihan Medan Kor SISPA
28 Mac 2015, Sabtu - Seramai 83 orang anggota Kor SISPA UUM bersama 2 orang jurulatih dan 5 orang pembantu jurulatih telah terlibat dalam program Kegiatan Luar Kuliah “Latihan Medan Kor SISPA”. Program telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bertempat di tapak perkhemahan Hutan Sintok Universiti Utara Malaysia.
Matlamat dan tujuan pelaksanaan KLK ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota Kor SISPA semester ke-2 di dalam mendidik mereka mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam khasnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam Pertahanan Awam.
Sepanjang program ini berlangsung para anggota didedahkan dengan latihan-latihan praktikal berkaitan penyelamatan seperti menyelamat kecemasan, menyelimut dan mengikat usungan serta pengendalian peralatan operasi. Selain itu para anggota SISPA ini juga diberikan pendedahan dengan ilmu membaca peta dan penggunaan kompas yang mana ia amat penting dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan hutan.
Program ini juga memberi pengalaman kepada para anggota mengenai pengurusan bencana yang mana mereka mempelajari masakan kecemasan dan sebagainya. Program KLK ini telah dirasmikan oleh Penyelaras Unit Pertolongan Cemas, Pusat Kokurikulum UUM, En. Mohamad Hapisol B. Othman dan telah berlangsung dengan jayanya disamping program juga berjaya membentuk kerjasama berpasukan yang mantap di antara setiap kumpulan yang terlibat.

First Aider In Every Home (FAIEH) BSMM di Kampung Bukit
Program KLK First Aider In Every Home (FAIEH) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah diadakan di Kampung Bukit, Mukim Hosba, Jitra Kedah. Program ini berjaya mengumpulkan siswa siswi semester 4 dan 2 serta Jawatankuasa BSMM Kubang Pasu untuk berkampung selama seharian di kampung berkenaan.
Program ini berkonsepkan First Aider In Every Home (FAIEH) untuk siswa siswi semester 4 dan BSMM Bersama Masyarakat untuk semester 2. Walaupun berada di dalam kawasan yang sama, namun modul aktiviti adalah berbeza.
First Aider In Every Home (FAIEH) adalah bentuk latihan daripada siswa siswi memperkenalkan ilmu pertolongan cemas kepada ahli masyarakat sebagai peserta.
BSMM Bersama Masyarakat melibatkan pendedahan suasana masyarakat kampung melalui lawatan dan mendengar taklimat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti pusat penternakan madu kelulut, ladang pisang dan jagung dan pusat latihan jahitan.
Perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Zaini bin Japar, ADUN Bukit Kayu Hitam. Beliau turut menyarankan kepentingan peranan ahli keluarga supaya meningkatkan kemahiran pertolongan cemas ini dengan tujuan membantu ahli keluarga dan masyarakat.
Kesedaran terhadap kepentingan hidup bermasyarakat dan semangat kesukarelawan adalah pemangkin ke arah kesuburan kemahiran insaniah yang sangat diberi penekanan oleh Pusat Kokurikulum UUM. Pastinya ingatan terhadap keramahan dan kerjasama yang terbaik daripada masyarakat Kampung Bukit terpahat kukuh di dalam ingatan siswa siswi UUM.

ANGGOTA SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM DI KEM PAYA PAHLAWAN JITRA, KEDAH
Anggota Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) sub unit kokurikulum UUM semester 4 mengikuti program kegiatan luar kuliah dengan bimbingan jurulatih kokurikulum Sarjan Mohammad Nawawi b Ahmad dan Sarjan Salim b Aziz yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah.
Sepanjang program, para pelajar Kor SISPA telah didedahkan dengan teknik penggunaan kompas dan peta yang amat berguna ketika berada di kawasan hutan dan bertujuan untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Aktiviti latihan kawad pili bomba, melawan kebakaran, berakit dan orienteering turut diadakan untuk para anggota mempraktikkan pelajaran yang telah diajar oleh jurulatih didalam kelas. Aktiviti turut diselitkan dengan program khidmat masyarakat di Kampung Kubu, Jitra, Kedah.
“Program sebegini diharap dapat menarik ramai pelajar kokurikulum untuk menyertai Kor SISPA pada masa hadapan sebagaimana matlamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk menjadikan bilangan sukarelawan di seluruh negara mencecah sejuta orang” kata Penyelaras Unit Pertolongan Cemas, En Mohamad Hapisol Othman.

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-9283512 (Bahagian Akademik), 04-9283515 (Bahagian Aktiviti), 04-9283510 (Bahagian Pentadbiran)
Fax: 04-9283502 Email: [email protected]