SUB UNIT ST. JOHN AMBULANS
Kursus
ini bertujuan memperkenalkan prinsip-prinsip asas serta matlamat pertolongan
cemas. Di samping itu, kursus ini juga menerangkan bagaimana tubuh manusia
berfungsi dalam keadaan normal, iaitu dengan cara mengkaji sistem perjalanan
tubuh manusia khususnya dari aspek sistem pernafasan, sistem peredaran darah,
sistem saraf dan organ deria, perkumuhan, tulang serta otot manusia. Latihan
berbentuk praktikal akan diperkenalkan khususnya dalam mempelajari jenis-jenis
balutan dan fungsinya.